Khamis, 6 Mac 2014

Masalodeh

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



ini saja baki kuih yang tinggal...

Agak lama Azz tak ber 'blog' ni.... hu hu... sibuk la.
Sibuk dah satu pasal, malas pulak nak menaip....
Hari ni, angin kerajinan melanda.... jadi dapatlah azz siapkan satu entri baru.
Dah letih potong kain, perut pun dah lapar... tak tau nak makan apa.
Malam tadi azz rendam secawan kacang parpu.
Tadi selepas sejat, azz goreng separuh. Separuh lagi azz ingat nak buat cucoq lah. Buat masalodeh. Bahan2 pun mudah aja, semua dah ada... resepi pun agak2 & campak2  ja.
Dulu mak menakan azz dok meniaga kuih ni... bila balik kerja, tengok dia dok buat kuih, suka juga tolong dia, kepal2 dan bentukkan kuih. Azz tengok resepi kat internet pun, guna bahan yang sama juga tapi sukatannya saja lain. Kalau berminat, cubalah. Ok, jom tengok resepi mudah ni.

Resepi Masalodeh

bahan-bahan:

1/2 cawan kacang parpu - basuh dan rendam semalaman untuk melembutkannya, sejatkan
beberapa tangkai daun kari - gunting kecil2 ( tak gunting pun takpa)
beberapa tangkai cili kering - gunting kecil2 boleh, besar pun boleh
1 sudu kecil jintan manis
1/2 - 1 biji bawang besar - didadu kecil / cincang
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
sedikit ikan bilis - ditumbuk halus (sebagai perasa ) - ummi letak lebih kurang 1/4 cawan
* guna ikan bilis yang sedap, barulah kuih pun sedap
sedikit garam
sedikit gula ( kalau suka le.. )
1 biji telur kecil - dipukul sedikit - ummi guna 1/2 saja

caranya:

1. kisar kacang sederhana halus. guna pengisar kering. tak perlu masuk air.
2. gaulkan kacang dengan semua bahan hingga sebati kecuali telur.
    kemudian masukkan telur sikit2 hingga agak2 adunan boleh dibentuk
    dan tidak berderai.
3. bentukkan adunan sederhana padat dan leperkan sedikit.
4. goreng dalam minyak panas pada api sederhana kecil.
    apabila nampak garing, baru terbalikkan atau kalih kuih.
5. goreng sehingga ia masak sekata.
6. sedap dimakan ketika masih panas.

* kalau nak kuih berwarna merah dan lebih pedas, campurkan dengan sedikit cabai kering 
   yang dikisar / serbuk cili

* sukatan ni untuk 2-3 orang makan je...
* kalau ahli keluarga sahabat semua ramai dan suka makan kuih ni, buat lah lebih sikit,
   nanti berebut pula..

kacang ni digaulkan dengan sedikit garam dan digoreng
rasanya sedap tapi lenguh juga nak mengunyah...
 kena pastikan gigi memang kuat, baru boleh makan kacang ni tau..
boleh makan sikit2, dan tahan lama - jimat tu...
snek yang berkhasiat dan boleh mengenyangkan juga...

Tiada ulasan: