Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Assalamualaikum....
Anak Solehah nak makan kek
Hari ni nak tayang kek yang telah ummi buat... atas permintaan anak sulung ummi yang memang suka makan kek.
Dah siap pesan sejak dua minggu lepas lagi,
tapi ummi tak sempat nak buat.
Hari ni, ummi tinggalkan semua kerja,
semata2 nak buat kek untuk anak solehah ummi ni....
nanti bila balik dari sekolah,
dah sedia ada kat dalam peti sejuk.
Bila2 pun kakak boleh makan...
suka le tu... dah dapat apa yang diinginkan.
(resepi akan ummi kemaskinikan kemudian)
*********************************************************************
(24/2/2014 - kemaskini resepi)
okey.... ummi tempekkan resepinya kat sini...
ummi pun rujuk kepada resepi para blogger masakan yang hebat2 tu....
InsyaAllah, menjadi ....
terima kasih buat mereka semua, yang sudi share resepi ni...
semoga Allah tambahkan ganjaran pahala untuk mereka kerana sudi berkongsi ilmu ini
Aminn...
KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE
Sumber: Kzai@Teratakimpian
dicuba oleh: ummiaishah2278.blogspot.com
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) - ummi guna gred A
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder- tak letak - ummi letak
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan) - ummi gantikan dengan minyak
- izah tambah esen vanilla
- KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia - ummi guna tatura 250g
- 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
- 1/2 cawan whipping cream Value Pride - ummi tambah
- (ummi tak nak krim yang terlalu meleleh... nanti nampak macam kek berkuah pula)
- caranya:
- satukan
keduasemua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam,
dengan kepanasan 150C.
*izah bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Ummi potong kek kepada beberapa bahagian.
Senang simpan dan senang nak makan.
Ummi bukan buat satu saja...
tapi ummi buat dua jenis kek.
Tapi bila dah siap letak topping, dah jadi tiga pula.
satu; kek snow cheese,
dua; kek coklat dengan topping coklat cair
dan
tiga; kek coklat dengan cheese ala snow cheese gitu..
Kek coklat lembap dari resepi Kak Hanieliza.
Anak2 ummi memang suka hasil kek coklat ni.
Tekstur kek lembut, gebu dan sedang elok rasanya - tak manis sangat.
Ummi pun suka....
Lebihan krim dari kek snow cheese,
ummi lapiskan pada kek coklat ni dan dihias sepertinya...
letak coklat cip pula, bertambah menarik jadinya!
Inilah kek yang mula2 sekali kakak ambik.
Sedap katanya!!
Ummi pun rasa... hmm... memang sedap!
Rasa kek coklat dipadukan dengan rasa cheese yang masam2 sikit..
Hmmmm, memang memikat !!
Patutlah kakak suka....
Jom makan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan