Ahad, 7 Julai 2013

Biskut Makmur Sabah


Resepi ini ummi copy sepenuhnya dari MY BAKING WORKSHOP
Terima kasih kepada tuan punya blog Evelyn Gemina



Kuih makmur

Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi
B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster
C
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.

4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.



Durian Crepe


Bismillahirrahmanirrahim




Resepi ni saya google dari internet.
Dalam banyak-banyak resepi, yang ni lah menghasilkan kulit paling cantik.
Sampai buat jualan... terima kasih banyak-banyak buat tuan punya resepi ni.
Cara membuatnya saya olah sendiri.
Selamat Mencuba...

Durian Crepe - ketayap ala oghang puteh
sumber: koleksi ummi

Bahan-bahan :
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastard
10 g tepung jagung
1 sudu besar minyak
1 sudu besar gula pasir
1 biji telur gred A
40 ml susu cair
150 ml air
sedikit esen vanilla, pewarna kuning
@ sedikit esen pandan, pewarna hijau
dan garam

Caranya:
1. Ayak semua jenis tepung.
2. Larutkan gula di dalam air. Campurkan semua bahan lain kecuali susu.
3. Kacau semua bahan sehingga larut. Masukkan susu dan kacau sekejap. Tapiskan.
   * saya masukkan susu pada langkah terakhir supaya adunan tak banyak berbuih.
4. Panaskan kuali non-stick, masukkan 1 senduk adunan dan layangkan ke serata kuali.
5. Pastikan suhu api tahap sederhana sahaja.
6. Apabila telah kelihatan gelembung udara pada crepe, angkat.
7. Masukkan adunan  yang lain pula, buat sehingga habis.

* adunan ini menghasilkan anggaran 9-11 keping menggunakan kuali bersaiz 24/26"
* boleh gunakan saiz kuali yang lebih kecil dan dapat lebih banyak kepingan crepe

Bahan Inti:
Isi durian secukupnya
500 ml whipping cream - non dairy - putar sehingga kental dan bertanduk macam buat meringue

Cara melapis:
1. Bentangkan sehelai crepe.
2. Letakkan anggaran 2 / 3 sudu besar whipping cream tadi di tengah-tengahnya.
3. Letakkan isi durian sebanyak yang disukai ( jangan lah banyak sangat ).
4. Lapiskan sekali lagi dengan whipping cream.
5. Lipatkan crepe tadi menutupi bahan dari sisi kanan dan kiri dan juga atas dan bawah.
6. Setelah siap, angkat dan terbalikkan dengan cermat.
7. Buatlah sehingga habis.
8. Sejukkan dahulu dalam peti ais.
9. Durian crepe sedia dinikmati.... emmm.. enaknya!!

* berapa banyak anda nak letak whipping cream atau isi durian bergantung kepada citarasa sendiri.
* selain isi durian, anda boleh gantikan dengan isi mangga, cempedak, filling bluebery / strawberi / koko, serbuk milo, biskut oreo yang dihancurkan atau lain-lain.

** untuk makluman:
     resepi yang tidak dinyatakan sumber adalah resepi simpanan atau
     yang saya dapat dari internet tetapi tidak diketahui siapa pemiliknya.

Bersihkan Kerang



daun ubi kayu



daun pisang

Daun ubi kayu atau daun pisang boleh digunakan untuk  membersihkan kerang.
Caranya:
  1. Ambilkan daun ubi kayu atau daun pisang ( selebar sekeping kertas A4 pun dah cukup untuk 1 kg kerang ). 
  2. Carik-carikkan daunnya. Masukkan ke dalam besen bersama-sama dengan kerang dan masukkan air secukupnya. 
  3. Sarungkan tangan dengan plastik atau sarung tangan dahulu untuk mengelakkan kuku bercalar. 
  4. Kemudian kisarkan kerang tadi dengan menggunakan tangan beberapa kali. 
  5. Setelah air kelihatan keruh, keluarkan dan masukkan air semula. 
  6. Ulang langkah tadi beberapa kali sehingga kerang kelihatan bersih dan airnya basuhannya jernih. 
  7. Kerang telah sedia untuk dimasak.

Serai pun boleh juga.
Caranya:

1. Ambil beberapa batang serai, tumbuk tetapi janganlah sampai hancur.
2. Masukkan ke dalam air rendaman kerang. Kisarkan dengan tangan.
3. Biar 10-15 minit, toskan.

Rabu, 3 Julai 2013

Sireh

Bismillahirrahmanirrahim



Sireh memang terkenal di kalangan kita orang melayu tetapi anak-anak muda sekarang, 
jangan tak tau.. nanti kang, daun kaduk pun engkau katakan daun sireh. 
Kalau tengok pokoknya, kenal lah daunnya macam mana dan juga bau daunnya.
Sireh adalah dari jenis yang memanjat.
Kegunaannya:
Seringkali kalau anak-anak atau sesiapa yang pecah penyarum ( hidung berdarah ),
ambil daunnya yang sederhana atau yang masih lembut ( tak mau yang keras / tua )
gulung atau lipat supaya menjadi kecil dan patah-patahkan sedikit daunnya,
sumbatkan aja.. kat dalam hidung. Biarkan sekejap.
Lihatlah hasilnya... sangat mujarab untuk menghentikan pendarahan.

Isnin, 1 Julai 2013

Restoran Kak Jun

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ini nama restoran mertua ummi. Kat sinilah tempat kami sekeluarga mencari rezeki.
Nasi campur mertua punya, masakan panas abah punya manakala air pula biras punya.
Masing-masing ada kerja sendiri tapi kami semua sekeluarga, jadi pakat-pakat tolonglah...
Kami tak pakai pekerja. Ala... kedai kecik ja.. tapi kami ada pelanggan tetap.

Nasi Campur ada macam-macam menu lauknya, antaranya:
gulai ayam
gulai ikan
sambal sotong
daging masak kicap
ayam goreng special
ikan goreng
sayur
sambal belacan dan ulam
yang ni semua menu tetap dan ada lagilah menu sampingan yang lain.
Nanti ummi masukkan gambarnya ye... 

Air. Nak air apa.. boleh dikatakan semuanya ada contohnya jus cinta, air barli, segala jenis kopi dalam paket, kopi, teh. Nak minum teh ais sedap, mai lah sini... kaw! kaww! punya.

Masakan panas pun ada banyak menunya. Antaranya:
mee      goreng/ bandung/ sup/ tomyam
bihun    goreng/ bandung/ sup/ tomyam
maggi   goreng/ bandung/ sup/ tomyam
kueteow goreng/ bandung/ sup/ tomyam 
nasi goreng biasa/ kampung/ ayam/ cina/ paprik
nasi paprik
nasi bujang ( set nasi putih + sup daging + telur dadar + sambal belacan dan ulam timun )
nasi daging merah/ ayam merah
nasi sup ( set nasi putih + sup tulang/daging + sambal belacan dan ulam timun )
laksa 
tapi... ummi nak bagitau.. kalau pelanggan ramai, terpaksalah depa semua tunggu.. sebab yang nak masak semua menu tu, abah sorang ja. Jadi kenalah faham... bagi yang tak mau tunggu lama-lama...
besanya... depa telefon abah, order dulu. Nanti dah siap baru depa mai ambik.

Kat sini ummi letakkan beberapa keping gambar masakan panas. 
Nanti ummi masukkan gambar masakan yang lain pula...




Nasi goreng kampung


Ini hidangan Paprik. Boleh makan dengan nasi putih atau nasi goreng.