Jumaat, 17 Januari 2014

Jalan-Jalan ke Kelantan - part 1


Hari ni kami sekeluarga ke Kelantan.
Kami bertolak pukul 10 lebih pagi tadi.
Ni gambar ketika singgah sekejap di Tasik Banding.



Ummi bawa bekal, cadangnya nak makan kat Banjaran Titiwangsa,
tapi rupanya tersangatlah ramai orang berhenti kat sini hingga semua tempat duduk penuh.
Jadi, kami teruskan ja perjalanan hinggalah masuk negeri Kelantan.
Kami singgah di Gunung Reng, Batu Melintang
dan berhenti di sebuah masjid di situ.


Inilah masjid yang ummi maksudkan.
Luas dan dijaga bersih.

Kami singgah makan di wakaf ni.

Di sekitar kawasan masjid ni disediakan tempat duduk
atau wakaf yang selesa.

mungkin orang selalu singgah kat masjid ni..
jadi pihak masjid telah sediakan tempat untuk kemudahan pengunjung
berhenti rehat dan boleh berkelah, makan2 kat tempat ni

lagi pula.... masjid ni sangat dekat dengan tempat rekreasi
Gunung Reng.

Di sebelah masjid ni, ada gunung tapi ummi tak ambil pun
gambarnya, dekat sangat dengan tempat makan kami ni...
nampak batu je la....

adik dengan tok..
muka orang tak sedap badan, monyok ja..

Selepas makan, kami pi solat dan kemudian teruskan perjalanan
ke Rose homestay yang terletak di Jalan Pintu Geng.


bersambung...

Tiada ulasan: