Selasa, 14 Januari 2014

DIARI : Perjalanan dari Jitra ke Nilai....

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Hari pertama 25 /12 / 2013

Kami memulakan perjalanan pada awal pagi ini.
Kami singgah dulu di Masjid Shahab di Kepala Batas, tunaikan solat subuh, yang bestnya... sempat berjamaah lagi. Kami sekeluarga selalu singgah sini.... selesa dan aman suasananya. Alunan bacaan surah imamnya sungguh merdu dan mengasyikkan. Selesai sembahyang, kami terus bertolak ke lebuhraya menuju ke Plaza tol Hutan Kampung.


Kami sampai di hentian Gurun. Masih awal, lebih kurang 6.45 pagi dan belum cerah lagi.
Abah cadang nak sarapan di sini tapi anak2 tak mau makan lagi. Belum lapar.... jadi, abah beli bungkus sahaja. Nanti singgah kat mana2 berenti makan. Abah isi minyak penuh siap2 dan kami teruskan perjalanan hinggalah ke tol Sungai Dua.



gambar-gambar ni diambil sepanjang perjalanan ke sana



ketika sampai di tol Sungai Dua

Kami teruskan perjalanan dan naik semula  di Plaza tol Juru



salah satu hentian kecil r n r 



kami singgah makan di sini... di r n r di Perak
besar juga, ada semua kemudahan
tapi ummi tak ingat apa nama tempatnya
di sebelah tembok sana ada stesyen minyak petronas
ketika singgah isi minyak
rupa-rupanya... ada hotel kat sini



bersambung...




Tiada ulasan: