Jumaat, 8 April 2016

Jom! Kita Minum Teh Hijau

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum wbt.

Rinduu.... kat blog ni Aisyah Az-zahra .
Lama betul tak menulis di sini. Masa agak terhad, selalu perlu mendahulukan perkara lain selain menulis dan mengarang di sini.

Alhamdulillah. Hari ni nak bercerita tentang khasiat teh hijau. Walau dah ramai yang tau akan kepelbagaian khasiatnya. Kita 'up' sikit lagi ilmu tu.. Kita ni hanya manusia biasa, jadi kita selalu perlu diingatkan. Barangkali dah lama tak amalkan.

Cara penyediaannya sama seperti teh biasa. Rendamkan uncang teh selama 2-3 minit. Tutup bekas rendaman supaya teh dapat mengembang serta mengeluarkan khasiatnya dengan baik. Jika suka manis, tambahkan sedikit madu atau stevia. Tambahkan ketika teh telah suam. Jangan tambahkan madu ketika teh masih panas kerana ia akan menghilangkan khasiat madu tersebut.

Az amalkan minum teh hijau ni seminggu 2-3 kali. Minum suam-suam gituu... fuh! berpeluh dan puas menikmatinya. Ada juga orang yang mengamalkan pengambilannya setiap hari. Badan Az tak sesuai sebab Az memang mengalami masalah darah rendah. Jadi, ambillah manfaatnya mengikut keperluan serta kesesuaian badan kita sendiri. Bersederhana itu jauh lebih baik dan selamat. Ingat tuu..



Ni, teh hijau Hemani. rasa macam minum teh herba je..
Az ni.. orang biasa-biasa. Jadi.. Az beli teh yang sesuai dengan budget sendiri.
Ada pelbagai jenama di pasaran. Teh organik biasanya lebih tinggi harganya.



Teh hijau Lipton ni, insyaAllah kat mana-mana pasaraya pun ada.
Sesekali, tambahkan sehiris lemon. 
Lebih berganda khasiatnya, akan jadi teh detoks yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita.




KHASIAT TEH HIJAU

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum dalam keadaan suam atau suam-suam panas, tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:


1. Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 


2. Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.


3. Pesakit Jantung

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah,saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.


4. Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.


5. Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.


6. Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


7. Masalah pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 


8. Tekanan Darah

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


9. Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.


10. Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.


11. Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Sekian, yang baik itu ILHAMnya dari ALLAH.
Senyum Selalu.

Aisyah Az-zahra


Isnin, 12 Oktober 2015

Rendang Daging Buah Keras

Bismillah.

Petang ni cheq nak share resepi dari sahabat fb.
Katanya resepi ni jiran diaorang Kelantan yang bagi. 

Dia kata sedap masakan ni.
Cheq pun simpan resepi ni. Lagi baguih simpan dalam blog.
Orang lain yang minat nak cuba, buleh saja try.
Cheq tak try lagi. Peram buat pekasam dulu.

Nak masak la ni.. bukan berapa mulut sangat nak makan.
Anak solehah Al Hafizah, yang dua orang lagi tu.. dok asrama.
Kena tunggu depa balik dulu la... baru buleh masak macam-macam.

Sapa hat bekenan resepi ni, ambik la...
cuba try test masak tengok.
betui ka sedapp! hihi..

Sekian, wassalam.

* haghi ni, cheq tulih bahasa kedah no..

I love KEDAH
(*.*)

Draft yang hilang!

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Uissh! geram betoi...!
Penat tau.. cheq dok mengarang. Siap masuk gambaq lagi..
Bila di 'save' darft cheq HILAAAANG?? !!
Sedeh cheq... hmm nak buat lagu mana kann..

tak pa la.. nanti cheq senang, cheq taip balik naa.. 
huhu...

Ahad, 23 Ogos 2015

BIHUN SUP THAI


Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari lepas.. ternampak satu post di fb.
Dok tayang bihun sup ni... nampak sedappp sangat!!
Hati jadi teringin. Teringin nak rasa.
Tambahan pula dok tengok depa komen, ramai kata sedap.
Kalau hangpa baca, agak-agak rasa terliuq dak?  hihi..

Kemarin, operasi biasa waktu hujung minggu.
Hantaq anak balik asrama.
Sorang kat Alor Setar, hantaq pi dah... selesai.
Tinggai sorang lagi. Yang ni... kita buat 'lambat' sikit hari ni...
sebab hari tu dah pesan kat En Suami.
Dia ingat la tu.... hihi.
Dia tanya " hari tu, kata nak pi try makan bihun sup siam kan..? "
Cewah... ayat. 
Ayat tu la... 'cheq' dok tunggu nak dengaq.
Ada rasa 'bunga-bunga' dok kembang...  
Hmm.. 

Dia tanya tang mana?
Pekan Pendang.
Cheq pun buka la.. tab. Hari tu ada 'crop' komen kat post fb tu.
Cari lokasi. 
Satu tempat tu... juai ahad - khamis. Melepas.. hari ni sabtu.
Pi satu lagi lokasi. Buka. Cantik kedainya. Sederhana & bersih. Cheq suka.

Kami turun. Order dua mangkuk bihun sup.
Teh ais dan ayaq kosong.
En. Suami share dengan cheq ja.. nak rasa.
Yang satu lagi untuk anak solehah.
Adik dia tak mau makan bihun sup.
Pelanggan tak ramai. Sat ja... makanan dah sampai.

En. suami rasa dulu. Tak cakap apa pon. 
Hmm, bleh agak dah. Bukan citarasa dia.
Cheq pulak. Hmm... tepat.

Cuba tengok dalam gambaq, ada pa dalam bihun sup siam?
Bihun, sedikit kepingan isi ayam, sebiji bebola ayam, kangkung, tauge,
 sepotong limau, serbuk cabai dan kuah sup.

Rasanya...?  biasa saja bagi kami. 
Rasa kuah sup ayam yang nipis, sedikit rasa masam 
dan kepedasan serbuk cabai. Itu saja.
Tak tau nak habaq sedap atau special kat mana.
Besa ja.

Tengoklah. Kalau teringin nak rasa lagi, nanti cheq pi try makan tang lain pulak!

Kena pi try makan kat Danok kot??


Sekian  :-)  .

Ahad, 21 Jun 2015

RAMADAN KAREEM 2015

Assalamualaikum wbt.

MARHABAN YA RAMADAN
MARHABAN YA RAMADAN
MARHABAN YA RAMADAN

RAMADAN KAREEM.

Selamat berpuasa. Syukur kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk sampai ke bulan Ramadan yang mulia ini, Alhamdulillah.
Hari ini 21 Jun 2015 bersamaan 4 Ramadan 1436.

Alhamdulillah, menikmati bulan Ramadan adalah satu pengalaman yang indah dan sangat indah.. Subhanallah.
Marilah kita sama-sama menambahkan amalan yang baik pada bulan mulia ini. Berazam untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kita berusaha tingkatkan amalan. Kita tinggalkan perkara yang 'laghaa'. Yang membuatkan kita telah lupa dan lalai bagi menunaikan hak kita kepada Nya. Allahu Akbar.
Benarlah firmanNya " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Ada kalanya kita tak sedar pun yang kita kerugiaan.. Alangkah ruginya nikmat masa kita ini, yang telah kita sia-siakan pada perkara yang tidak perlu. Allah.
Ya Allah... bantulah hambamu ini. Hidupkan diriku, hidupkan jiwaku dengan hidayahMu... dengan redhoMu.
Ya Allah, tunjukkanlah daku jalanMu yang lurus itu...
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa sekelian umat islam yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kami Muhammad SAW, kepada ahlinya dan para sahabatnya. Aamiin.