Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Assalamualaikum wbt.
Rinduu.... kat blog ni Aisyah Az-zahra .
Lama betul tak menulis di sini. Masa agak terhad, selalu perlu mendahulukan perkara lain selain menulis dan mengarang di sini.
Alhamdulillah. Hari ni nak bercerita tentang khasiat teh hijau. Walau dah ramai yang tau akan kepelbagaian khasiatnya. Kita 'up' sikit lagi ilmu tu.. Kita ni hanya manusia biasa, jadi kita selalu perlu diingatkan. Barangkali dah lama tak amalkan.
Cara penyediaannya sama seperti teh biasa. Rendamkan uncang teh selama 2-3 minit. Tutup bekas rendaman supaya teh dapat mengembang serta mengeluarkan khasiatnya dengan baik. Jika suka manis, tambahkan sedikit madu atau stevia. Tambahkan ketika teh telah suam. Jangan tambahkan madu ketika teh masih panas kerana ia akan menghilangkan khasiat madu tersebut.
Az amalkan minum teh hijau ni seminggu 2-3 kali. Minum suam-suam gituu... fuh! berpeluh dan puas menikmatinya. Ada juga orang yang mengamalkan pengambilannya setiap hari. Badan Az tak sesuai sebab Az memang mengalami masalah darah rendah. Jadi, ambillah manfaatnya mengikut keperluan serta kesesuaian badan kita sendiri. Bersederhana itu jauh lebih baik dan selamat. Ingat tuu..
Ni, teh hijau Hemani. rasa macam minum teh herba je..
Az ni.. orang biasa-biasa. Jadi.. Az beli teh yang sesuai dengan budget sendiri.
Ada pelbagai jenama di pasaran. Teh organik biasanya lebih tinggi harganya.
Teh hijau Lipton ni, insyaAllah kat mana-mana pasaraya pun ada.
Sesekali, tambahkan sehiris lemon.
Lebih berganda khasiatnya, akan jadi teh detoks yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita.
KHASIAT TEH HIJAU
Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum dalam keadaan suam atau suam-suam panas, tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:
1. Mengurangkan Berat Badan
Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
2. Pesakit Diabetes
Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.
3. Pesakit Jantung
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah,saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.
4. Risiko Barah Esofagus
Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.
5. Kolestrol
Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.
6. Alzheimer dan Parkinson
Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.
7. Masalah pada Gigi
Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
8. Tekanan Darah
Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
9. Tekanan Perasaan
Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.
10. Antibakteria.
'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.
11. Penjagaan Kulit
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.
sumber:http://www.lifehack.org
Sekian, yang baik itu ILHAMnya dari ALLAH.
Senyum Selalu.
Aisyah Az-zahra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan