Selasa, 15 Oktober 2013

Sayur Lemak Daun Sasin

Bahan-bahan:
1 ikat daun asin-asin / sasin / cekur manis
1 biji ubi keledek merah/ kuning
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
sedikit udang kering, garam dan gula
1 biji cabai besar - dihiris
santan dan air secukupnya

Caranya:
1. Lurutkan daun sasin dari batang pelepahnya. Cuci bersih.
2. Masukkan air ( agak cukup untuk tenggelamkan sayur nanti) atau santan cair.
3. Masukkan bawang, udang kering dan keledek yang telah dipotong sederhana kecil.
4. Masak sehingga ubi hampir empuk.
5. Masukkan daun sasin. Tunggu sehingga daun masak / bertukar warnanya.
6. Masukkan garam, gula dan santan secukupnya.
7. Apabila ia mula mendidih, tutup api.
8. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 8 Oktober 2013

Berita hangat dari Jitra!! Komlpeks C-Mart yang baru, runtuh!


khabarnya runtuh pada pagi tadi....
gambar ni di ambil pada jam 10 pg.
ramai orang awam mai tengok, termasuklah ummi dan abah.
tengok dari jauh je...




dan ini berita dari KOSMO


JITRA - Sebahagian bangunan Pasar Raya C-Mart di Bandar Darul Aman di di sini runtuh awal pagi ini.
Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan memandangkan pasar raya itu beroperasi pada pukul 10 pagi.
Bahagian yang runtuh melibatkan tempat pakaian dan kasut berjenama.
Pasar raya itu beroperasi sejak 25 Julai lalu. - KOSMO!

Isnin, 7 Oktober 2013

Ikan Masak Cuka



Masakan kampung ini mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih.
Ia juga sering dihidangkan pada majlis kenduri di kampung2.

Bahan-bahannya ringkas tapi pastikan ada biji sawi kerana ia bahan utama yang perlu ada.
Kalau tak ada biji sawi, tak menjadilah resepi masak cuka ni.
Ikan pula jenis apa pun takpa.
Selalunya ummi pilih ikan tenggiri, mamu (mambu) putih @ tongkol, temenung pun boleh.

Biasanya, kalau kat rumah kenduri, masakan ni, kuahnya banyak dan dimasak sehari sebelumnya.
Masakan ini memang 'tahan' kerana di'awet' dengan cuka.
Bahkan lebih sedap kerana rasa masakan telah sebati dan menyerap ke dalam isi ikan.

Bawang putih dan bawang merah pula cuma dibelah dua sahaja.
Ummi tak guna bawang merah, jadi ummi gantikan sahaja dengan bawang besar, tak perlu kupas banyak2 dan ummi hiris. Kalau tak, ummi sorang le makan bawang tu. Siapa pun tak sudi. Anak2 tak suka bawang putih. Jadi untuk 'selamatkan' bawang dari membazir.... ummi hiris kan.

Panjang pula ummi bercherita... kan.
Ok, jom kita tengok resepi masakan ni,


Ikan Masak Cuka
oleh: ummiaishah2278.blogspot.com

bahan-bahan:

3 ketul isi ikan - ikan apa pun boleh, tenggiri, mamu (mambu) putih
1/2 camca kecil biji sawi
1/2 " halia - hiris memanjang
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1 biji cabai besar - dibelah 2 dan dipotong
sedikit cabai melaka - kalau suka pedas
1 cawan air
6 camca makan cuka
1 camca makan gula
1/2 camca kecil garam kasar
sedikit serbuk kunyit
4 camca makan minyak



caranya:

1. Ikan digaul garam kunyit dan digoreng.
2. Panaskan minyak, tumiskan biji sawi.
3. Masukkan halia dan bawang putih, goreng sekejap sehingga wangi.
4. Masukkan bawang besar dan cili, kaup balikkan sekejap.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan gula. Didihkan.
6. Masukkan ikan goreng tadi, didihkan dan reneh sekejap.
7. Tutup api.

*kalau u olls suka kuah yang banyak,
cuma tambahkan 1/2 @ 1 cawan air lagi dan lebihkan sukatan cuka, gula dan garam
- sesuaikan mengikut citarasa

SELAMAT MENCUBA

Penapis rokok dari....



sumber: akhbar harian metro 28/6/2013

Sebenarnya tajuknya macam ni, Penapis rokok dari darah babi 

saringan beritanya:

Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok import yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.  

Perkara ini diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari 
Universiti Sydney, Simon Chapman yang mengingatkan kepada golongan agama tertentu,
yang merujuk kepada kajian yang dilakukan di Belanda mendedahkan bahawa 185
syarikat rokok menggunakan penapis tersebut.

Dr Hakim berkata, sudah sepatutnya umat islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas
haram di sisi agama.

* Sepatutnya semua orang islam di dunia ini....

Jadi... kepada yang masih merokok, saudara, kawan, suami atau anak anda...  peringatkanlah.  
Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah banyak keburukannya.
Sebaik-baiknya hindarkan diri dari mendekatinya.

Bintik putih pada kuku




Pernah tak mengalami situasi seperti tajuk ini?

Dulu semasa sekolah, ummi selalu juga jadi. Risau tapi tak tau apa puncanya... 
jadi, biarkanlah. Lama-lama bintik putih atau garisan tu akan hilang.
Rupa-rupanya itu signal dari tubuh kita....
ini infonya,

Sekiranya terdapat bintik putih pada pemukaan kuku, 
itu tandanya anda kekurangan zat besi.
Segelas susu dan 2 biji telur separuh masak 
dapat membantu kuku anda kembali sihat.

Jadi... dapatkanlah sumber zat besi anda.

Penyelesaiannya nampak macam mudah kan?

sumber: majalah rapi september 2013