Rabu, 14 Mei 2014

Ketahui maksud "bar code" pada buah-buahan

بسم الله الرحمان الرحيم


Kita selalu membeli buah-buahan di pasaraya-pasaraya. Biasanya kita akan memilih yang segar-bugar dan sedap dipandang mata. Jarang kita menilik pelekat kod bar yang ada pada buah tersebut. Apa kata kali ini kita ketahui maksudnya.

1) Sekiranya ada 4 digit nombor pada PLU(price look-up) kod, bermaksud buah-buahan tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional serta dengan penggunaan racun serangga. Kod PLU dengan 4 digit terakhir merupakan penerangan mengenai jenis buah atau sayur, contohnya, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Sekiranya mempunyai 5 digit nombor pada kod PLU dan bermula dengan “8″, bermaksud produk itu adalah produk GMO(genetically modified). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Sekiranya terdapat 5 digit nombor pada kod PLU dan bermula dengan “9″, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Contohnya pisang organik, kodnya adalah 94011.

Tiada ulasan: