Rabu, 16 Julai 2014

Birthday Adik

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, birthday adik anak bongsu Azz.
Cuma adik je yang tinggal kat rumah. Itupun sebab masih bersekolah rendah lagi. Kakak yang dua orang tu..... dah masuk ke sekolah berasrama.
Birthday adik tahun ni, jatuh pada bulan puasa. Lagi pun, kakak yang berdua tu pun tak ada... jadi nak masak sesuatu yang special sikit, nanti kan..... tak ada orang yang nak memeriahkan suasana. Kesian adik...... 
Jadi walaupun kakak tak ada, untuk meraikan adik, abah nak ummi buatkan sebiji kek untuk adik. Sebelum ni pun, adik dah pernah minta umminya buatkan kek. 
Pagi tu.... ummi keluar dengan abah beli barang sikit dan petang tu, ummi dah mula siapkan bahan dan terus buat je.... Ummi buatkan adik sebiji kek span coklat. Resepinya dari blog Rahel. Alhamdulillah, menjadi dengan cantik sekali.
Kek dah menjadi, yang jadi masalah nak menghiasnya.... alahai, ummi ni 'keras tangan'. Manalah pandai bab2 deko ni.... walaupun ummi suka melihat kek2 yang dihias cantik. Ummi bukanlah hebat sangat macam Chik Azlita, Masam Manis tu........ yang sangat kreatif menghias begitu begini. 
Apa pun, kena buat juga.... tak kan lah, nak hadiahkan adik kek yang kosong macam tu... kesian lah pulak.
Akhirnya..... sehingga hampir waktu berbuka, berjaya juga ummi siapkan deko ringkas hasil 'keras tangan ' ummi ni.
Walaupun ummi tak lah puas hati dengan hasil deko yang tak seberapa tu..... 
adik kata "tak pa lah ummi, dah cantik la tu....... " Alhamdulillah rupanya anak yang sorang ni tak lah terlalu 'berkira' tentang kecantikan keknya.
dan malam tu, kami raikan adik dengan beberapa orang sepupunya.
Happy Birthday Adik............. Ummi sa........yannnnnggg adik!

Isnin, 14 Julai 2014

Biskut coklat chips

 Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Biskut Coklat Chips


Assalamualaikum.
Sekarang ni dah musim buat kuih raya.... jadi kali ni Azz nak kongsi satu resepi biskut rangup ni. Biskut ni, ala-ala Chipsmore gitu.... tapi kita buat comel-comel la... Bahannya pun mudah ja. Pastikan bahagian bawah biskut nampak garing sikit, nanti bila biskut dah sejuk, bila kita gigit terasa kerangupannya. Hmm, sedap! anak-anak suka la... Resepi asal dari Kak Fida, Myresepi. tapi.... cam besa la... Azz selalu ubah resepi.
Kali pertama cuba resepi ni, Azz ikut semuanya... sedap tapi  tak tahan la, manis dan berminyak ...., pening! sebab tu, Azz ubah sedikit sukatannya. Azz minta maaf ya.... kak fida. Jom tengok resepinya....



Biskut Coklat Chips

bahan-bahan:

190g mentega - biar lembut - saya letak 170g
45g gula perang
80g gula kastor / gula aising - saya letak 55g
220g tepung gandum *
1/2 sdt soda                * diayak bersama
1    sdt serbuk koko    * saya letak 1 sdb
1/2 sdt esen vanilla
170g coklat chips - saya letak 100g
170g badam cincang - dipanggang dahulu - terlalu banyak saya letak separuh je..
1 biji telur gred B
sedikit choc chips sebagai hiasan

caranya:

1. mentega, gula aising dan gula perang digaul hingga sebati dan rata.
2. campurkan telur dan esen, gaul lagi hingga rata.
3. masukkan bahan ayak, choc chips dan badam. gaul lagi hingga rata.
4. sudukan ke dalam loyang. saya letak sedikit choc chips sebagai hiasan.
5. Bakar hingga sedikit garing pada suhu 180 C. saya bakar 20 min.
 
* jika disudukan terus ke dalam loyang, biskut akan meleper dengan bentuk yang tidak seragam
* jadi, saya sudukan ke dalam cawan kertas saiz 8 untuk dapatkan bentuk yang sama
* saya juga tekan sedikit permukaannya dengan garfu supaya ia kelihatan agak rata.

 

SELAMAT MENCUBA 
 

Khamis, 10 Julai 2014

Jemputan ke Majlis Pelancaran Tahfiz Ulul Albab

 Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum.
Hari ni khamis, petang ni nak pi ambik anak-anak kat asrama. Rutin biasa setiap minggu... Bulan puasa ni, anak-anak balik setiap minggu berbanding bulan biasa cuma dua minggu sekali. Setiap kali anak-anak balik, setiap kali itu jugalah bertambah sibuknya hari-hari Azz. Ada-ada saja.... macam-macam hal, macam-macam permintaan.


Petang ni, selepas ambil kakak kami sekeluarga akan terus ke sekolah aina. Ada majlis besar hari ni. Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan dan juga Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah. Wah.... panjangnya.... Semua waris pelajar tingkatan 1 dijemput. InsyaAllah, kami akan hadir. 



Selasa, 8 Julai 2014

Roti Jala Cicah Kuah Durian

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum semua....
Hari ni Alhamdulillah dah sepuluh hari kita berpuasa. Terasa begitu cepat masa berlalu..... Ramadan cuma tinggal dua puluh hari saja lagi.... Apabila dihayati indahnya ramadan, takkan terucap dengan kata-kata. Jika diizinkan mahu saja ku meminta pada Yang Esa, agar dipanjangkan ramadan ini, bukan hanya sebulan sahaja.... tapi itu lah ketetapan-Nya. 

Alhamdulillah, hari ahad lepas ada sedara kirimkan karipap kepada Azz sekeluarga. Banyak juga, karipap sejukbeku. Bila nak makan baru goreng.Hmm, sedap makan panas-panas. Pada hampir waktu berbuka, Subhanallah, suami bawa balik kuih ni... roti jala. Pemberian seorang pelanggan yang juga kenalan kami. Bila dibuka bungkusannya ada sepuluh gulung roti jala dan yang menariknya, kuah cecahannya..... kuah durian.

La.... selama hidup Azz, tak pernah Azz makan roti jala cicah kuah durian. Aduh.... terasa kerdilnya diri ini.
Teragak-agak Azz, anak dan adik nak makan. Sedap ke?? Selama mengenal kuih roti jala ni, dok makan cicah dengan gulai ja, biasanya gulai ayam lah. Tak pernah tengok pun orang sekeliling mahupun keluarga makan roti jala cicah kuah durian. Setahu Azz, kuih serabai ada la... cicah kuah durian.

Bila tiba waktu berbuka, selepas menikmati kurma dan sedikit air. Azz pun cubalah..... wahh!! sedap rupanya..... kuih yang lembut dicicah dengan kuah durian yang masih suam suhunya serta cukup lemak manisnya. Nikmatnya...  lepas suap nak suap lagi, memang sedap sangat!! Alhamdulillah, terima kasih Kak Na atas pemberian kuih ni... Ya Allah, daku bersyukur atas nikmat rezeki-Mu ini.... Ameen.


Kelebihan Bulan Ramadan

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ramadan Karim

Berikut sedikit info kelebihan serta amalan / ucapan dalam bulan ramadan.

Kelebihan Ramadan
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w.  Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutupkan pintu-pintu Neraka lalu diikatkan semua syaitan.”  Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada didalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksaan api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
sumber : mencarijalanbalik.wordpress.com


"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama - mengucap: 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله

Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:

أستغفر الله

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)

(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
sumber: http://www.islamgrid.gov.my/

Semoga menjadi peringatan buat kita .